Bersalin Anak Ke-2 | Mudah ke??

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Ramadhan 1437H untuk umat Islam seantero dunia..
Hari ni genap hari ke-16 Ramadhan..
Hari ni juga genap 4 hari aku bekerja setelah mengambil cuti yang panjang..
Dan aku juga baru dapat berpuasa selama 6 hari selepas pantang hari tu..
(10 hari ko nak mengganti nanti..wuhuhuhuhu~)

Hari tu..
Aku dah janji nak bagi entri untuk 'Bersalin Anak Ke-2' kan?
So, hari ni aku nak tunaikan mana yang ter hutang..
(Kah3..macam ade follower je nak baca.. ^____^)

Sambungan untuk update "Menunggu Hari"

16.4.2016 (Sabtu)
39 Weeks
*********************************************************************************
Hari ni Sabtu,
Hari lahir mak aku..
Sempat aku berseloroh dengan mak aku maybe baby nak sama date birthday dengan neneknye..hihi!
Kalau korang baca entri aku sebelum ni, aku request kat Encik Suami nak pergi Mid Valley kalau tak bersalin lagi hari ni..
Then, memang aku tak bersalin pun lagi..
No contraction at all..
Cuma sakit pinggang je yang tak menahan..
Plan hari ini sebelum pergi Mid Valley, pergi kedai print gambar area opis Encik Suami sebab nak print gambar client..
Tapi aku dan Ammar cuma tunggu dalam kereta je, Encik Suami yang pergi sorang..
Lepas settle semua kerja Encik Suami konon nak ke Ikea Damansara cari frame gambar..
Baru le pegi Mid Valley..gituuu~~

On the way nak ke Ikea, aku rase tak selesa + rase nak shee shee..
Aku pun suruh Encik Suami singgah mana-mana petrol pump..
Singgah Petron kalau tak silap..
Malangnya jamban jenis squatting + jamban campur lelaki perempuan..
Sanggup aku patah balik ke kereta suh Encik Suami cari mana-mana masjid..
Sampai dah masjid, tak jumpa pulak mana toilet..
Dan aku malas nak menanya orang mana toilet..
(Ada ke patut cari masjid sbb nak p toilet kannn..)
Last venue, tengah dok round kat area PJ tu cari JAMBAN, ternampak plak Columbia Hospital..
Haaaaa..
Ape lagi, suh Encik Suami lencong ke hospital..
Sebab pada fikiran aku kalau ape-ape hal time aku shee shee nanti senang..

Aku pun pi la masuk sepital CH dengan eksaitednye..
Padahal bukan patient kat sini pun...kui3..
Sangat lah aku suka toilet kat sini..bersih tiptop gitu.

Dan seperti jangkaan aku..
Perasaan tak selesa tadi dah terjawab..
Kerna sudah ada 'tanda' lendir jernih + brownish blood..
Maknanya baby sudah bersiap siaga untuk keluar..
Tapi baby, jangan keluar kat sini yek...jenuh Aboh nak bayor bil spital nnt...keh3.

Lepas settle semua urusan dalam toilet,
Masuk je kereta dengan tenang aku bersuara..
"Abah, Ibu dah turun tanda.." dengan muka selamba..haha.
Encik Suami tak le berapa panik, mungkin sebab anak ke-2, paniknye tak sama macam nak bersalin Ammar dulu..
Encik Suami tanya "nak pegi hospital sekarang ke?"
Aku cakap nanti dulu sebab tak sakit ape2 lagi pun..
Sebab masa Ammar dulu, turun tanda terus ke hospital..
Check VE baru 2cm dan kena warded..

Menurut blog-blog mummy yang aku baca, ada yang turun tanda tapi besalinnya lepas 3-4 hari..
Memandangkan tanda dah turun + pinggang aku sakit..
Plan ke IKEA ngan Mid Valley pun terbatal serta merta..haha!
Maka pulanglah kami..

Oh ya!
Sebelum pulang, singgah dulu makan Nasi Beriyani Kambing kat Bandar Tun Hussein Onn..
Ni je request terakhir aku bila Encik Suami tanya nak makan ape..kih3!
Balik nak ke rumah tu plak, singgah tepi jalan beli air kelapa muda..
Air kelapa ni banyak jugak membantu untuk bersalin kali ni..
Start cuti meternity tu hari-hari aku minum air kelapa..
Then banyak kan jugak makan kurma ye mak-mak sumer..
Kurma ni jugak sgt2 membantu bukaan kita..

Sampai ke malam..
Belum ada apa-apa contraction lagi..
Nampaknya belum sampai masa lagi baby nak lihat dunia ini..


17.4.2016 (Ahad)
39 Weeks
*********************************************************************************
Start tengah malam...
Contraction sudah terasa..
Layankan  je sambil tidur-tidur ayam..

Pukul 3pagi aku bangun..panas beno rasenye..
Memang mengandung kali ni panas die lain macam + dah la musim panas..
Sakit pun dah terasa..tapi masih gagah lagi..
Orang kata kalau dah sakit tu p mandi, untuk kurangkan sakit..
Aku putuskan untuk mandi dan bersiap..
Mana tahu nanti tiba-tiba sakit keras, trus p spital..
Pas siap mandi aku sambung tido balik..

Pukul 4pagi..
Sakit datang dah berirama..
Sakit macam senggugut tu..tapi kali 10..
Selang 3-5minit sakit nya..
Aku rasa dah sampai masa..
Aku kejutkan Encik Suami, terus dia bangun basuh muka siap-siap terus ke spital..
Ammar pulak tido nyenyak..aku biarkan saja.

Sebelum ke hospital..
Pamit dulu dengan Ibu dan Ayah..
Mohon mereka doakan agar dipermudahkan semuanya..
Ini pun salah satu perkara yang akan memudahkan proses bersalin kita nanti..
Terakhir aku cuma pesankan ke Ibu yg Ammar masih tdo kat bilik..

Pukul 430pagi..
Oleh kerana pagi-pagi buta pergi ke spital..
Jalan pun smooth je...
Kejap je dah sampai HUKM..
Terus ke bahagian Emergency Klinik O&G..
Macam biase la procedur nya..
Masuk ke bilik aku di suruh baring dan dipasangkan mesin CTG untuk check contraction dan denyut jantung baby..
Alhamdulillah..semuanya ok..
Selepas selesai dalam 30minit camtu datang seorang doktor lelaki untuk buat VE..
Dalam hati betapa sedihnya la sebab bukan rezeki aku nak dapat doktor perempuan time tu..
Kali ni seluk memang sakit woo...T______________T
Aku ingat aku hampir-hampir menendang doktor tu..

Lepas selesai VE, doktor bgtahu dah 5cm dan boleh masuk terus ke Labour Room..
(Kat HUKM kalu 4cm dah bleh masuk LR, spital lain aku x tahu)
Tepana sekejap aku..
Dah 5cm rupanya..
Tapi sakitnya tak sesakit masa Ammar dulu..
Cuma pinggang aku je..macam nak tercabut baq hang..
Alhamdulillah dalam hati aku..
Sementara Encik Suami tengah uruskan pendaftaran aku, aku terdengar Doktor & Nurse tengah dok mengomel2..
Bahasa doktor...aku tak faham..
Rupanya pasal nak pecahkan air ketuban aku..
Memang ada bilik khas untuk pecahkan air ketuban..
Alkisahnya bilik ramai org tengah q-up nak pecahkan air ketuban..haha.
So, dekat klinik O&G tu jugak le doktor tu pecahkan ketuban aku..
Kemudian ade sorang nurse ni ambilkan wheelchair untuk aku..
Lencunn..
Habis lobi tu penuh air ketuban aku..
Nasib la time tu xde  orang sangat..
Aku siap mintak maaf lagi kat nurse tu sebab air ketuban aku besepah kat lobi tu walaupun dah duduk kat wheelchair..
Kalau orang lalu mugkin orang ingat orang tertumpah air mineral atas lantai..
Sabo je la..

Sesampainya di LR..
Meriah sungguh time tu..
Dengar suara baby nangis..
Dengar suara Ibu meneran..
Dengar suara orang bersorak...besorak? hehe..sape yg paham, paham le..
Macam-macam bunyik ade..

Bilik aku bilik no. 10
Oh ya..FYI..HUKM punya LR dalam tu ade 10bilik..satu bilik untuk satu patient..
Dan suami boleh masuk sekali masa proses melahirkan..
Alhamdulillah dapat midwives yang baik sesangat..
Aku fikir pengorbanan midwives ni lagi besar dari pengorbanan seorang doktor..
Sebab aku tengok die lg mahir dr doktor..
Mase midwives buat VE kali ni smooth je, lembut je tak macam doktor lelaki td..kasar!

Aku request ke doktor aku nak ambil Epidural..
Sebab aku taknak sakit..
Aku nak simpan tenaga masa push nanti..
Dan aku rase risau sangat tak dapat face that kesakitan bersalin itu..
Malangnya hari itu hari Ahad, doktor bius cuma ada sorang dan itu pun dia tengah dalam OT..
Nak taknak aku terpaksa la hadapi kesakitan yg maha dasat tu..
Midwives tu siap bg support and semangat lg kat aku..
Dia cakap aku pasti boleh bersalin TANPA bius..

Masa aku masuk LR aku dah dengar sayup2 azan subuh..
Masa ni tawakkal je la dalam hati..
No Epidural..
Dah x boleh ke mana..duduk atas katil je layan contraction..
Mulut ni tak henti2 baca AyatulKursi dan Surah 3kul..
Ni je cara untuk aku cover contraction aku yang dah naik sebab nurse dah masuk ubat untuk kuatkan contraction..

Pukul 10pagi..
Nurse check bukaan lagi..
Baru 6cm..
Tapi sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu..
Aku siap cakap kat Encik Suami sebelah aku..
Tak nak beranak lagi..sakittttttt..
Huhu..
Nurse ada bagi Gas Etanox..aku ambil sahaja sambil mulut terkumat kamit baca ayat-ayat Quran..
Rase masa ni dah 50-50..
Tiba2 terkenang dosa-dosa silam..
Sempat aku berdoa moga atas kesakitan ini, Allah ampuni dosa-dosaku..huhu..
Gas Etanox ni berkesan juga rupanya JIKA cara penggunaan nya betul..
Memang high aku masa sedut gas tu..memang hilang sakit..
Rase nak tidur je...

Sampai masa..
Aku rase sakit nak terberak..
Aku suruh Encik Suami panggil midwives..
Dia check baru 7cm..
Apaaaaa? Baru 7cm..!
Dan midwives sambung lagi, kalau 7cm sebenarnya dah boleh bersalin ni..
Tengah sakit2 tu aku boleh berfikir 'biar bena ni 7cm boleh besalin?'
Tapi ade cara la..
Cara apa aku x pasti, midwives tu je yg tahu cara...
Yang pasti dia boleh buat 7cm to ke 10cm tanpa perlu tunggu..
Sebab tu aku cakap midwives ni lagi mahir dari doktor..

Setelah ber 'struggle' nak menjadikan 7cm ke 10cm siap ade tukang sorak bagai..
Pukul 1107pagi..
Lahirlah putra aku yang ke-2 ke dunia yang fana nih..
Secara normal dengan berat 3.25kg..
Lagi berat dari abangnya dulu..hehe.
Semangat betul anak Ibu yg sorang nih..
Lahir-lahir terus letak atas dada..
Panas gitu..
Fresh from womb baq hang.. :D

Oh ya..
Masa proses nak meneran tu, baru ku tahu ape rase "ring of fire"
Memang terasa..
Jahitan aku plak tak banyak..
Cuma 1degree tear sahaja..
Lain sangat macam Abg Ammar dulu...
Tak pepasal aku kena Episotomi..
Kali ni memang aku all out push..
Kekadang tu terbabas gak terangkat bontot..
Mujo la sedar cepat..hehe..
Jangan sesekali angkat bontot ye kalau nak push..
Nanti koyak lagi besar..
Bila dah keluar je baby..
Terus berasa lega..
Yang high2 + rase mamai tu terus hilang tak tahu mana..
Yang aku tahu aku gembira sebab macam satu beban dah keluar dari badan aku..
Alhamdulillah..
Ni jugak antara hikmah tak amik Epidural..
Dapat rasa kesakitan bersalin tu camne which is aku boleh hadapinya dengan berjaya..
Dengan syarat ikut cakap midwives tu..hehe.

Gitu lah pengalaman aku bersalin anak no-2..
Maybe betul juga besalin no 2 ni senang..
Bagi aku besalin kali ni memang senang..
Sebab kesakitan yang aku alami tak lama macam anak 1st dulu..
Tapi semua tu bergantung kepada rezeki memasing la..
Mak-mak zaman canggih ni jgn le malas sgt nak gali ilmu..
Banyak sangat ilmu pasal parenting ni..
Bila kau dah jadi mak2 ni, baru kau rase SPM kau tak penting pun..
Yang penting macam mana cara, gaya kau nak asuh anak amanah Allah ni..
Bila dah ada anak jagalah sebaiknya..
Bila nak marah anak ingatlah balik kesakitan bersalin tu macam mana..
Sesungguhnya setiap kejadian tiada yang kebetulan..
Melainkan telah di rancang oleh-Nya..
Dan semua ni membawa kepada ke-insofan..

Untuk mak-mak yang nak berjuang + tengah berjuang melahirkan seorang khalifah di muka Bumi ni..
Aku doakan semoga berjaya..
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga di berikan kekuatan oleh-Nya..
Chaiyooookkkkk!!!


Ibu aR..
29.6.2016
24 Ramadhan 1437H
2.22pm

Comments

Popular posts from this blog

Hamil 32 minggu - HB rendah??? | Iberet Folic 500

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama | HUKM

Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke Tiga (Overdue) - Part 2