Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke Tiga (Overdue) - Part 2
Salam Guyysss!
Ok sampai dah part 2. Yeayyy. Bukan senang ni. Tengah free ni baik aku balun sementara masih ingat lagi dalam ingatan pengalaman bersalin anak ke tiga tahun 2017 lepas.
Ok, entry lepas aku cerita 3rd baby aku overdue 40minggu kan. Nervous wehhhh. Walaupun aku dah melahirkan anak 2 kali, tapi ini la 1st time aku overdue. Anak pertama 38minggu, anak kedua 39minggu. Dua-dua ni kira awal sikit dari tarikh EDD.
Masa tu aku ingat lagi, 20 Nov 2017, pagi tu perut aku memulas macam masuk angin kena gastrik. Yang aku tau sakit perut tu bukan sakit contraction. Boleh beza sakit contraction dengan sakit perut sebab lain. Jadi pagi tu aku singgah la rumah Mak aku. Ayah aku sejenis boleh check kalau kita ni sakit sebab masuk angin atau salah makan. Masa ni sakit pinggang takyah cakaplah. Memang sakit giler2. Maybe sebab baby dah turun ke bawah.
Bila Ayah aku check, Ayah aku cakap aku tak masuk angin pun. Die cakap ni nak bersalin dah ni. Maka itu aku terus la ke hospital. Oh btw, kali ini aku lahirkan anak sama jugak macam anak2 sebelum ini, HUKM masih tetap pilihan hati aku walaupun terpaksa bayar banyak sikit sebab die hospital 1/2 gov. Situ semua doktor2 pakar. Apapahal senang. Dan lagi satu, HUKM ni dekat dengan rumah Mak aku. Pas pamit dan titipkan anak2 kat Mak, berangkatlah aku ke hospital dengan suami.
Sampai di PAC HUKM, alhamdulillah tak ramai orang. Ade la sorang dua patient tengah tunggu panggilan ke bilik saringan. Masa tu tawakal habis dah. Walaupun tak rasa lagi contraction. , aku serah diri bulat2. Apa nak jadi, jadilah. Sebab aku dah overdue 40minggu 6hari.
Paling kelakar, dah sampai hospital tu, sakit perut aku tu hilang. Sampai aku nak beranak sakit perut tu tak kunjung tiba. Jadi benarlah yg aku baca2 kat blog2 tu sakit perut memulas tu tanda nak bersalin jugak. Bila check bukaan baru 2cm, tapi disebabkan aku ni overdue nak tanak doktor terpaksa tahan. Paling aku ingat ayat doktor tu, “saya akan buat awak bersalin hari ini jugak” huhu.
So, bila dah warded, bermula la perjalanan aku nak melahirkan si kecik dalam perut ini. Dari aku masuk siang tu, jauhhhhhh lagi gap masa nk bersalin tu. Nurse pun advice suh jalan2 kat dalam wad tu. Jadinya jalan la aku, macam panguin dah aku rasa.
Paling aku ingat bila ade sorang MO ni datang nak pasang drip kat tangan aku. Dah la salah masuk urat, bila dapat uratnya, careless pulak sampai bersepah2 darah aku. HUKM ni cam biase la, ramai praktikal. Jadi budak MO ni pun baru2 agaknye. Memang angin betul rasa. Tapi aku sabar je bila kenangkan baby belum lahir ni.
Bila dah beranjak malam, doktor pun check bukaan. Aduhai. Baru 3cm masa tu. Sabar je lah. Siap pujuk2 lagi baby, baby keluar la cepat baby. Semua orang nak jumpa baby. Masa ni, nurse dah suh aku siap2 nak pegi bilik pecahkan air mentuban. Masa ni la paling sakit aku rasa. Pas pecah air mentuban, ntah camne ade doktor pempuan tu mai die cakap nak bukak bukaan aku sampai 4cm. Perghhhhh. Memang sakit weh. Aku siap jerit lagi sampai nangis. Kira macam buka tanpa rela. Geram je aku time tu.
Dah bukak 4cm tu, baru la aku ditolak ke Labour Room. Masa ni tak larat dah jalan. Kena tolak pakai wheelchair. Laki aku memang aku dah suh balik siap2. Suh tengok kan ank2. Jadi pukul 1030 malam baru la aku masuk LR. Lama kan...dari siang membawak ke malam tak lahir2 jugak lagi.
Masuk LR, termenung aku kejap. Baru je setahun lepas masuk LR, tahun ni masuk balik. Hahaha. Masa ni mula la pasang tali kat perut tu nak check contraction n jantung baby sekali. Alhamdulillah jantung ok. Masa ni contraction dah 150++, nurse tu hairan tengok aku masih relax walaupun bacaan contraction tinggi. Entahlah. Aku pun tak tau kenapa aku masih relax lagi, mybe badan aku dah bleh adapt kot contraction tu sebab mmg tak rasa sakit pun.
Tak lama tu midwives offer epidural, aku on. Sebab aku tak nak hilang tenaga layan sakit contraction, padahal tenaga tu nanti nak pakai masa push the baby. Aku ada opinion sendiri pasal epi ni.
Ni aku nak nasihat kat mak2 yg konfius, nak amik epidural atau tak kalu bersalin normal, aku nasihatkan ambil lah kalau rasa badan tu tak kuat. Badan kita ni bukan besi urat dawai. Kalau rasa bleh face the contraction pain sampai 200++ silakan tak ambil, tapi kalau rase macam baby lambat nak keluar, macam kes aku ni, better amik. Persetan la orang kata tak feel ke apa time bersalin nanti, bull***t je semua tu. Bila kau sakit, kau jadi stress, nnt baby pun stress. Mula la mulut nanti meroyan nak operate. Ni betul guys. Sakit contraction tu lagi sakit dari masa ko push baby nnt.
Walaupun doc advice aku effect2 amik epidural ni, antaranya later on kau akan sakit pinggang ke apa, aku punya pengalaman setakat ni after 3years since yg ini, belum pernah lagi aku sakit belakang ke sakit pinggang. Alhamdulillah.
Epidural bukan nak buat kau jadi ibu yang teruk gus. Bukan. Bahkan Epi ni nak tolong kau jer supaya kau happy masa melahirkan. Pas kau lahirkan baby, kau ade tenaga. Baru la boleh susukan anak tu. Ingat guys, pas bersalin bukan takat nak layan badan penat sbb layan sakit, tapi tu haaaa ada anak nak kena layan. In fact, katalah masa pas bersalin tu kau kena jahit, pun x terasa kena jahit asbab dari epidural tu.
Tipulah kalau masa amik bius tu tak rasa contraction, kau akan rasa, tapi tak la teruk. Muka boleh senyum lagi walaupun contraction dah 250++ for my case lah. Sambung. Pas aku amik epidural masa tu pukul 12++ pagi. Midwives tu siap suh aku tdo dulu, die cakap baby belum nak keluar lagi, baby pun tdo. Adoi la baby, die bantai tdo pulak. Haha haha.
Aku pun memang ngantuk masa tu, apa lagi, aku tdo la siap mimpi2 lg. Dah la sejuk. Perut still contraction lg, bacaan kadang 150++ kadang sampai 200++, tapi tu la. Layan je la tdo..sampai la aku terjaga pukul 4pagi, peh lama jugak aku tertdo. Midwives datang check bukaan dah 7cm. Ya Allah lega sangat masa tu. sebab selalunya kes aku ni kalu dah 7cm tu tak lama lagi terus 10cm. Betul jangkaan aku.pas nurse check 7cm tu, aku rase nak teberak. Aku bgtau nurse, rase nk berak, check2 rupanya dah full,kelam kabut semua standby apa yang patut.
Nurse tu cakap, bila rasa nak berak push, jangan putus nafas, jangan angkat bontot. Dah semua orang dalam tu bersorak pushh2. Mariah dah. Aku rasa aku push 2x terus meluncur laju je baby keluar terus letak atas dada tanya baby girl ke boy? Aku jawab boy.
Oh masa ni aku dah siap2 call suami, die pun cepat2 datang ke hospital, 15min perjalanan je dr Rumah Mak aku.
Alhamdulillahh. Begitulah kisah aku yg overdue anak ke tiga, sape yg cakap anak ke tiga senang je besalin. Tipu je tu. aku ni gap setahun lebih jugak beza, xde la senang mana nak bersalin. Hahaha. Yang pasti tiap2 anak lain2 pengalamannya.
Adiosssss!
Comments
Post a Comment
::Pendapat Anda::