Kisah Haji 1436Hijrah a.k.a 2015Masihi

Assalamualaikum wbt...

Ada sahabat-sahabat di luar sana yang belum mendaftar Haji untuk diri sendiri dan anak-anak??
Kalau sudah saya ucap SYABAS! dan TAHNIAH!
Kalau ada yang belum, bersegeralah..

Oh..
Saya bukan staff Tabung Haji atau agen mana-mana pihak yang menawarkan khidmat Haji & Umrah..
Saya hanya orang awam, insan biasa, hamba Allah yang di tiupkan kesedaran tentang keWAJIBan kita sebagai umat Islam untuk menunaikan Rukun Islam ke-5..

Kerana..
Saya pun diberi kesedaran untuk mendaftar Haji beberapa bulan sebelum melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012..umur pun masa tu dah 25tahun
Lambatkan..
But at least...sebelum terlambat..
Alhamdulillah...tiap bulan ada sejumlah peruntukan yang diketepikan untuk Haji..
2045 Masihi...itulah tahun Haji saya..bersamaan 57tahun umurku..
Yang penting kita sudah berniat..
Moga Allah panjangkan umur saya dan memberi kesihatan yang baik untuk saya..
Aamiinn..
Tapi..ini kisah saya sahaja..

Kisah anak saya pula..
Kerana 'kesedaran' yang diperoleh...
Umur anak saya 2minggu suami dan saya telah mendaftarkan dia Haji..
Daftar haji adalah perkara yang sangat penting selepas daftar surat beranak..
Walaupun tengah berpantang masa tu, gagah jua diriku ke Pejabat Tabung Haji Kajang..
Masa tu tahun 2013..
Rezeki anak, ada duit-duit pemberian saudara mara, rakan taulan semasa menziarah si kecil..
Alhamdulillah Allah cukupkan untuk deposit Haji dan buka buku sekali..
Masa tu deposit RM1300, mungkin masih sama sekarang ni...
Aku pun tak berapa pasti..
Dan nahhhhh..tahun anakku menunaikan Haji 2068Masihi...umur 68tahun..
Tapi menurut staff Tabung Haji ini bergantung kepada simpanan dan juga quota..
Kerana umur minimum untuk menunaikan Haji adalah 15tahun...

Dan..
Kisah suami saya pula...
'Kesedaran' itu memang telah lama di timbulkan oleh Mak & Abah mertuaku...
Suami dan adik beradik yang lain telah di daftarkan Haji pada usia kecil lagi..
Dan untuk tahun ini, 2015Masihi bersamaan 1436Hijrah...
Alhamdulillah...
Suami mendapat panggilan menjadi tetamu Allah pada usia muda..
32tahun..
Sebenarnya telah dipanggil beberapa kali sebelumnya,
Tapi disebabkan beberapa faktor yang tidak mengizinkan dan Allah pun belum berkehendak..
Maka tertangguhlah..
Dalam hati ini meronta-ronta mahu mengikut suami menunaikan Haji,
Tapi mengenangkan duit simpanan pun belum mencukupi..
Si kecil Ammar masih kecil lagi untuk ditinggalkan selama 40hari..
Plus masih menyusu badan lagi..
Dann ditambah pula rezeki yang tak terjangka.. :)
Saya hamil 2bulan dan mengalami morningsickness setiap hari..
Ya...
Allah pula belum izin..
Daku pun redha atas pemergian suami tersayang menyambut seruan Illahi..

"Kenapa muda-muda dah pergi Haji?"
"Eh..awalnye ko pergi Haji?"
"Kuasa ape ntah die ni pakai dapat pergi Haji awal camni.."
Ini antara statement-statement yg 'terkeluar' dari mulut orang-orang yang expect Haji untuk orang-orang berumur je.. :)
Salah tu..
Lupakah saudara-saudari apa yang kita pelajari di waktu sekolah dahulu?
Menunaikan Ibadah Haji untuk yang mampu..
Definisi 'mampu' bukan sekadar mampu membayar semata-mata, tapi kesihatan yang baik juga tergolong dalam perkataan 'mampu' itu.. :)

Kan bagus pergi di usia yang muda, sihat, dan kuat lagi..
Teringat semasa saya menghantar suami ke Kursus Perdana Haji di Ipoh,
Ternampak seorang pakcik yang sudah berumur..
Terengsot-engsot jalannya..sebelah kakinya mungkin sakit..
Kasihan..tapi atas semangat untuk pergi Haji, beliau gagahkan jua diri..
Haji juga bergantung kepada rezeki dan takdir..
Jika Allah Taala berkehendak, Insha Allah tiada yang MUSTAHIL..

Saya telah berjumpa dengan beberapa saudara-mara, rakan taulan, yang masih belum mendaftar untuk diri sendiri mahu pun keluarga..
Ada juga Tok Kadi yang bertanyakan kepada bakal pengantin lelaki,
"Dah daftar Haji ke belum?"
Maka tersipu-sipulah si pengantin tadi kerana beliau belum mendaftar lagi.. :)
Ini kisah nyata ye..
Bukan rekaan :)

Sementelah itu,
Haji di Malaysia pada zaman ini pula ikut quota..bukan zaman atok2,nenek2 kita dulu anytime tergerak dihati dan ada simpanan terus mendaftar dan segera melakukan Haji pada tahun yg sama..
Apa pun semua itu dengan izin dari Allah Taala jua..

Moga coretan saya ini dapat memberi kesedaran kepada hamba-hamba Allah yang masih mengambil mudah perkara berkenaan Haji ini...
Daftarlah Haji anda sekarang..
Setidaknya kita sudah berusaha ke arah itu..
Bila kita akan pergi, biar Allah yang uruskan..:)



Comments

Popular posts from this blog

Hamil 32 minggu - HB rendah??? | Iberet Folic 500

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama | HUKM

Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke Tiga (Overdue) - Part 2