Jika Terpaksa Membenci

Jika terpaksa membenci
Jangan ketara 
Sembunyikan bersama sabarmu
Biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu

Jika terpaksa membenci
Benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
Jangan keterlaluan
Jangan berlebihan
Diam...dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci
Jangan sampai dapat dibaca
Sembunyikan segala di sudut hatimu
Namun ingat!
Jangan beri hatimu kepadanya

Alangkah indah jika kalimah 'benci' itu tiada

Kredit utk : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

*********************************************************************************

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ukhwah untuk pembaca yg sudi membaca nukilan saya..(erk..ade ke yg baca??)
Alhamdulillah..setelah sekian lama..
Baru diberi kelapangan untuk menulis..
Yang selama ini hanya tertulis dibenak + akal fikiran sahaja...
Tanpa sempat diterjemahkan dengan kata-kata...

Sudah baca puisi di atas...???
Sungguh indah kata-kata yg dilontar..
Cukup menyentuh
Kalau boleh nak mintak tunjuk ajar dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni
Bagaimana cara dia menebar perkataan-perkataan indah ini
Bagi sy yg memang penggemar puitis, ahhh....sukar digambar dengan kata-kata...

Sebenarnya...
Seboleh-bolehnya aku tak nak menulis perkataan-perkataan rojak...
Walaupun blog ini untuk suka-suki...hehe.
Tapi bukan itu persoalan yg hendak dikupas kali ini..
Mungkin akan datang aku akan cerita betapa aku mencintai bahasa Ibunda ini.. :)

Apa yg aku ingin kupaskan di sini adalah tajuk puisi indah ini..
Aku anggap santun sungguh penyusunan ayatnya
Padahal puisi ini bagi aku juga satu 'ingatan sikap'
Peringatan yg hampir dilupakan masyarakat masakini..
Boleh jadi lupa terus!
Betapa perkataan 'BENCI' itu adalah satu perasaan yg bagi aku tidak digemari ramai
Aku pun tak suka membenci, apatah lg dibenci
Bahkan 'terpaksa' membenci satu sikap yg mungkin sudah kerana 'darurat'
Kerna setiap insan itu bukan hanya ada satu perasaan sahaja

Tapi
Usai zaman serba canggih ini
Masyarakat kini semakin tidak pandai mengatur sikap
Tak payah jauh-jauh, tengok FB saja pun sudah cukup
Nahh..inilah sikapnya..benci membenci.
Bohong kalau aku ni tak pernah membenci orang
Bak kata puisi diatas lah
'Benci seadanya'
Itulah tahap kebencian aku kepada sesuatu yg aku tidak suka..
Sebab aku sayang diri aku
Dan aku tak rela kena "heart attack" atau "depressed" kerana membenci
:)

Kenapa perlu benci?
Bila ada hasad dengki, iri hati, sakit hati dan semua-semua penyakit hati
Begitulah jadinya..

Dan aku mohon dilindungi Allah swt semoga aku tidak termasuk dalam golongan 'benci-membenci'
Lagi-lagi sesama insan
Sungguh walaupun imanku senipis kulit bawang

Kerana benci-membenci mengundang pemutusan sillaturahmi
Bukan sahaja pada mata kasar
Boleh jadi juga secara batinnya

Dan sungguh!
Orang zaman sekarang sudah tidak ada perasaan malu lagi bila mempamerkan sikap benci itu
Bila sudah benci
Hati sudah kotor
Fikiran apatah lg
Maka perkataan yg keluar berkemungkinan besar yg jelek-jelek, yg jelak-jelak
Bahkan menyakitkan hati insan
'Encik Sabar' sudah hilang bayang entah kemana tercampak

Allahu...
Semoga mereka ini belajar berfikir
Sebelum melontar kata-kata yg mengguris
Semoga hati aku tidak terjebak dgn sikap mazmumah ini
Semoga hati kita semua ummat akhirzaman sentiasa subur dengan kasih sayang
Semoga semoga dan semoga...

Comments

Popular posts from this blog

Hamil 32 minggu - HB rendah??? | Iberet Folic 500

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama | HUKM

Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke Tiga (Overdue) - Part 2